Syarikat ini merupakan syarikat Malaysia yang di usahakan oleh seorang warganegara Indonesia dan telah pun menjadi rakyat Malaysia yang sah. Pembukaan syarikat P.T.Widuri talah di rasmikan oleh senator Dr.Mashitah Bt Ibrahim. Syarikat ini telah di usahakan dengan bantuan dua individu yang turut di gelar usahawan syarikat iaitu isteri beliau Pn Roslina Yani dan abang kepada Tuan Haji Shahrul B. Ibrahim, iaitu En.Mansor B. Ibrahim.
P.T.Widuri ini adalah sebuah syarikat yang beroperasi sebagai syarikat perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemborong, pengedar dan penjual produk-produk kesihatan daripada pelbagai syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Menurut apa yang di perkatakan, syarikat P.T.Widuri ini bekerjasama dengan pelbagai usahawan-usahawan yang mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terkenal seperti Sendayu tinggi, Mustika ratu, De’ Wajah, NurBeutyLine, Warisan Salju Langkawi, DCL, Seriayu, Sauda, Tia Amelia, Atika Beauty, DeNavechee, Ombak Besar, Puteri Binari dan sebagainya.
Syarikat P.T.Widuri ini mempunyai dua lagi cawangan yang baru di buka di Shah Alam dan Puchong. Syarikat ini juga, membolehkan pelanggan-pelanggan yang ingin membeli produk-produk secara pukal atau borong. Pelanggan-pelangganjuga boleh mendapatkan produk-produk kesihatan ini secara tempahan melalui telefon, terus-menerus dan melalui’on line’ denagan menhantar email di laman web syarikat P.T.Widuri. iklan syarikat P.T.Widuri telah di paparkan di akhbar harian metro pada hari sabtu dan majalah wanita.
No comments:
Post a Comment